Amirul Haswendy Ashari


Filem I’m Not A Terrorist boleh dianggap filem mempunyai idea universal dan menarik untuk diperkatakan.

Malah di segi set, premis dan kerja kamera agak membanggakan kerana menggunakan lokasi Kashmir yang disifatkan tercantik di dunia.

Paling cantik pastinya babak musim sejuk dengan paparan salji yang menceriakan kisah cinta Ummar (Afiq) dan Dayana (Chacha).

Namun begitu, hanya babak-babak indah itu saja yang berjaya menarik penonton kerana seolah-olah babak muzikal dalam filem Bollywood popular.

Penceritaan filem tidak sehebat idea. Tarikan utama pastinya pelakon Bollywood popular seperti Farida Jalal, Rahul Dev dan Gulshan Grover.

Mereka bertiga menjadi tarikan yang cukup bermakna. Lakonan Afiq nampak janggal tatkala berbual dalam bahasa Hindi dengan watak ibunya lakonan Farida dan watak jahat oleh Guishan.

Farida dan Guishan memberi yang terbaik, setaraf dengan pengalaman mereka memegang pelbagai watak sebelum ini.

Chacha pula masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesekali Chacha berjaya memberi impak terutama ketika dia diseksa pengganas.

Dari segi cerita, ia agak sensitif kerana terlalu menonjolkan keganasan hanya dilakukan penganut Islam saja. Beberapa perwatakan pengganas juga boleh mengundang persoalan buat penonton.

Jujur dikatakan, filem ini perlu diperincikan dengan lebih mendalam agar tidak menimbulkan kekeliruan terhadap penonton tempatan.

I’M NOT A TERRORIST

• ARAHAN: Arjin Uppal

• PELAKON: Afiq Muiz, Gulshan Grover, Chacha Maembong, Rahul Dev, Farida Jalal, Jalaluddin Hassan, Betty Benafe

• GENRE: Drama

• TAYANGAN: 5 Oktober 2017

• ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Oktober 2017 @ 1:57 AM