SETIAP tilam yang disumbang LSK Group Berhad akan dibersihkan secara profesional oleh Pasukan Servis CUCKOO+ dengan servis pembersihan tilam WonderKlean.
SETIAP tilam yang disumbang LSK Group Berhad akan dibersihkan secara profesional oleh Pasukan Servis CUCKOO+ dengan servis pembersihan tilam WonderKlean.
Suliati Asri


CUCKOO International Malaysia Sdn Bhd menerusi Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat) membantu 300 keluarga mangsa banjir yang juga terjejas akibat penularan pandemik Covid-19 menerusi program komuniti, 'CUCKOO Love, Care Project.'

Tidak hanya membantu membersih dan membina semula kediaman, Cuckoo juga menyumbang 100 tilam serta 300 set barangan keperluan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoe Kian Choon berkata, pihaknya komited dalam program komuniti bagi membawa impak positif kepada komuniti tempatan.

Menurut Hoe, menerusi program itu juga, pihaknya giat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir dan komuniti yang memerlukan bantuan.

"Dengan visi #SAMASAMA membantu, kami berharap sumbangan yang dihulurkan dapat memberi kelegaan kewangan kepada mangsa banjir dan seterusnya membantu mereka yang terjejas untuk membina semula kediaman.

"Inisiatif ini usaha berterusan kami sebagai Healthy Home Creator (Pencipta Rumah Sihat) supaya dapat membantu rakyat Malaysia memiliki kediaman yang lebih selamat, gembira dan sihat," katanya.

Bantuan itu disumbangkan kepada Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), iaitu yayasan amal bukan berasaskan keuntungan ditubuhkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

INISIATIF komuniti 'CUCKOO Love, Care Project' menyumbang 300 set barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).
INISIATIF komuniti 'CUCKOO Love, Care Project' menyumbang 300 set barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang menerusi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA).

Menerusi bantuan YASA, semua barangan yang disumbangkan diedarkan kepada mangsa banjir di Lanchang, Bukit Tinggi, Kuantan dan Indera Mahkota.

Sebanyak 100 tilam disumbangkan LSK Group Berhad iaitu pakar pembuatan tilam lateks juga sudah dibersihkan secara profesional oleh Pasukan Servis CUCKOO+ dengan servis pembersihan tilam WonderKlean.

Manakala 300 set barangan keperluan pula mengandungi cerek CUCKOO (CUCKOO Thermal Pot), beras, biskut, mi segera dan barangan keperluan lain.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 6:50 AM