TERDAPAT 15 aksesori bilik mandi selain pili seperti gelas, dispenser sabun dan penyangkut tisu tandas ditawarkan bagi memberi kesepaduan dekorasi bilik mandi anda.
TERDAPAT 15 aksesori bilik mandi selain pili seperti gelas, dispenser sabun dan penyangkut tisu tandas ditawarkan bagi memberi kesepaduan dekorasi bilik mandi anda.
TERDAPAT lima pilihan untuk koleksi artifak dan kelima-lima warna menimbulkan gaya klasik tahan lama.
TERDAPAT lima pilihan untuk koleksi artifak dan kelima-lima warna menimbulkan gaya klasik tahan lama.
ANTARA kemasan muncung dan pemegang pili singki bilik mandi.
ANTARA kemasan muncung dan pemegang pili singki bilik mandi.
KOLEKSI Kohler terbaru diberi nama Artifacts yang menaikkan suasana vintaj namun kelihatan segar sepanjang zaman.
KOLEKSI Kohler terbaru diberi nama Artifacts yang menaikkan suasana vintaj namun kelihatan segar sepanjang zaman.
Oleh Nor Hanisah Kamaruzaman


Dekorasi bilik air kini turut diberi perhatian utama selari perkembangan kelengkapannya yang canggih dan praktikal.

Terbaru, koleksi Artifacts daripada Kohler yang mengajak masyarakat negara ini memilih produk menarik mengikut cita rasa dan keperluan ruang.

Menampilkan ciri-ciri vintaj, koleksi berkenaan menawarkan tiga muncung dan pemegang pili dalam enam kemasan.

Secara tidak langsung ia menggambarkan personaliti, cita rasa, gaya dan kebebasan pengguna.

Selain mampu melengkapkan bilik air, koleksi berkenaan turut menampilkan rekaan seni yang menyempurnakan keseluruhan bilik berkenaan.

Selain paip, ada 15 aksesori termasuk gelas, dispenser sabun dan penyangkut tisu tandas bagi memudahkan pengguna.

Menariknya, ia sesuai untuk pelbagai jenis konsep dekorasi daripada tradisional hingga moden yang semakin digemari generasi muda itu.

Koleksi Artifacts turut dilancarkan di seluruh benua termasuk Amerika dan Eropah.

Ia menyasarkan mencipta ruang rehat mewah dan eksklusif sama dengan idea penataan untuk ruang utama lain di dalam rumah.

Menurut Presiden Kohler Kitchen & Bath Asia Pasifik dan EMEA, Larry Yuen, pihaknya percaya dalam menghasilkan reka bentuk produk dapur dan bilik mandi atau air, ia seharusnya mampu membantu pengguna memenuhi impian persekitaran peribadi mereka.

“Menerusi Artifacts, kami berharap pengguna di negara ini bukan sahaja boleh menterjemahkan inspirasi mereka melalui produk, malah mendapatkan gaya sesuai dengan kehidupan masing-masing,” katanya.

Walaupun reka bentuk Artifacts menerapkan gaya klasik, koleksi itu dilengkapi pengalaman digital mengikut arus semasa.

Koleksi berkenaan bukan saja mencerminkan peningkatan aliran bagi reka bentuk tradisional, malah turut menggambarkan aliran lebih besar iaitu memperkasa pengguna mencipta rekaan berbeza, unik dan satu-satunya milik mereka.

“Hiasan rumah yang terbaik bukan saja menarik, malah memukau dan selesa sepanjang masa.

“Keindahan sesebuah rumah terpancar tanpa mengira usia, gaya dan fungsi.

“Pembinaan yang kukuh dengan gaya klasik pastinya menaikkan lagi seri setiap bilik mandi atau air,” katanya.

Pendek kata, koleksi Artifacts keluaran Kohler mencipta suasana vintaj yang menampilkan keanggunan yang kekal lama terhadap hiasan kediaman.

Pemilik rumah dan rakan niaga berpeluang menerokai pelbagai rekaan koleksi di laman web www.kohler.com menggunakan alat konfigurasi.

Ia membolehkan anda melihat kesan visual realistik, kemasan muncung dan pemegang paip yang berbeza.

“Semuanya boleh dilakukan dari rumah melalui komputer riba, tablet atau peranti mudah alih.

“Semestinya menjadikan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif dalam talian bukan sahaja memanfaatkan pengguna.

“Malah, ia dapat membantu anda menggarap keindahan koleksi berkenaan, sekali gus menyemarakkan ilham untuk ruang kediaman,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 2:17 AM