Abdullah Saofi, 51, (menutup kepala dengan tuala putih) di bawa keluar dari mahkamah hari ini, selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar 76.39 gram dadah methampetamine pada Disember 2006. - Foto ZAMAN HURI ISA

Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Seorang peniaga kedai makan warga Thailand berusia 51 tahun dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah terhadap tuduhan mengedar 76.39 gram dadah jenis methampetamine di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Saofi, 51, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis metamphetamine di sebuah stesen minyak di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Pasir Mas, pada jam 7.10 malam, 15 Disember 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 4:16 PM