FOTO Farizul Hafiz Awang
FOTO Farizul Hafiz Awang
Oleh Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz

Pekan: Perdana Menteri mahu anggota RELA menjadi benteng keselamatan negara dalam mendepani apa juga ancaman yang boleh menggugat kestabilan politik negara.

Datuk Seri Najib Razak berkata, ia adalah asas dan jaminan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram.

"Rakyat perlu kena sensitif dalam soalan keselamatan supaya kerajaan dapat menangani apa jua ancaman dalam dan luar negara seperti pemerdagangan manusia, pelarian, kumpulan militan dapat ditangani dengan berkesan.

"Oleh itu, kita mahu anggota RELA terus mainkan peranan sebagai mata, telinga dan tangan kerajaan sebagai benteng pertahanan kedua negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis RELA bersama Perdana Menteri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu juga Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan Pakaian Operasi Digital (POD) dan cek insurans kelompok RELA.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2015 @ 2:43 PM