KERETA terbabas ke dalam longkang selepas dikejar mangsa samun. FOTO ihsan pembaca
KERETA terbabas ke dalam longkang selepas dikejar mangsa samun. FOTO ihsan pembaca
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas kereta dinaikinya terbabas ke dalam longkang ketika dikejar oleh lelaki yang disamunnya dalam kejadian di Taman Nusa Bestari di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 9.25 malam itu, suspek dikatakan melakukan samun terhadap dua lekaki dengan menggunakan parang sebelum dikejar mangsa samun terbabit.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, anggota peronda MPV IPD Nusajaya yang ketika itu sedang melakukan rondaan di lokasi kejadian kemudian memeriksa kerera yang terbabas sebelum mendapati seseorang mengalami kecedaraan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dia adalah suspek satu kejadian samun yang sedang dikejar dan polis menemui beg hitam berisi pelbagai barangan milik mangsa.

"Suspek ditahan, manakala tiga lagi lelaki dipercayai rakan sejenayah suspek berjaya melarikan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 1:27 PM