Mangsa diberi rawatan kecemasan sebelum dihantar je hospital . - Foto Ihsan Pembaca
Mangsa diberi rawatan kecemasan sebelum dihantar je hospital . - Foto Ihsan Pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan


Georgetown: Seorang lelaki parah ditetak sekumpulan 10 lelaki di Astaka Desa Mawar, Kampung Melayu, Air Itam, di sini, pagi tadi.

Akibat kejadian jam 6.30 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun itu masih tidak sedarkan diri dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang meletak kereta hingga menghalang laluan masuk ke kawasan astaka berkenaan.

"Mangsa dan kumpulan suspek pada mulanya hanya bertengkar namun mereka yang berang menetak lelaki terbabit menggunakan parang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan polis masih mengesan suspek," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 November 2015 @ 4:24 PM