SHUKOR cuba mengambil benih kerang di dasar sungai.
SHUKOR cuba mengambil benih kerang di dasar sungai.
KEADAAN kawasan benih kerang di Batu Pahat.
KEADAAN kawasan benih kerang di Batu Pahat.
Oleh Mohd Hanafis Abdul Haris


Batu Pahat: Benih kerang yang digelar ‘emas hitam’ di daerah ini dikesan semakin terancam berikutan menjadi tumpuan kegiatan aktiviti penyeludupan ke negara jiran.

Harganya yang mampu mencecah hingga RM4,000 bagi tiga hingga empat kilogram di pasaran gelap negara jiran seperti Thailand menyebabkan hidupan laut itu menjadi rebutan nelayan tempatan.

Difahamkan, segelintir nelayan bersekongkol dengan sindiket penyeludupan benih kerang untuk menangkap benih terbabit sebelum dijual.

Seorang nelayan tempatan yang mahu dikenali sebagai Jamal berkata, benih kerang menjadi komoditi bernilai bagi ‘orang laut’ di daerah ini berikutan ia dianggap antara paling berkualiti berbanding kawasan lain.

Menurutnya, tidak semua perairan mempunyai kawasan pembenihan kerang semula jadi dan hanya beberapa kawasan di sekitar selatan tanah air menjadi lubuk hidupan laut itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2015 @ 6:43 AM