MAYAT wanita dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. FOTO Rosliza Mohamed
MAYAT wanita dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. FOTO Rosliza Mohamed
Oleh Rosliza Mohamed


Tumpat: Wanita berusia 43 tahun ditemui mati di dalam bilik tidur rumahnya di Kampung Talak, di sini, kira-kira 2 petang tadi.

Dia yang menghidap angin ahmar dan kencing manis dipercayai meninggal dunia lebih 24 jam.

Kematiannya disedari penduduk kampung yang tidak melihat dia keluar rumah sejak beberapa hari sebelum kakaknya membuat laporan polis, pagi tadi.

Polis terpaksa memecahkan pintu utama dan dinding rumah berkenaan berikutan dipercayai dikunci dari dalam.

Wanita itu ditemui terlentang di tepi katil.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharuddin Rasip mengesahkan kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 5:11 PM