KOLEKSI anggun untuk wanita yang mementingkan penampilan feminin.
KOLEKSI anggun untuk wanita yang mementingkan penampilan feminin.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Aliran fesyen masa kini dilihat berkembang dengan rancak. Pelbagai gaya menarik dan sofistikated dihasilkan bagi memenuhi cita rasa si pemakai yang mahu sentiasa kelihatan menawan.

Ini termasuklah jenama fesyen segera yang mempunyai peminatnya kerana ia mudah digayakan dan mampu menampil­kan gaya tersendiri.

Bermula 1990-an, ia menyaksikan kemunculan dan kebangkitan jenama fesyen segera. Fesyen segera ialah satu istilah untuk menggambarkan transformasi pantas rekaan dari pentas peragaan ke pasaran yang lebih besar.

Industri fesyen segera global kini diungguli label terkenal seperti Zara dan H & M.

Di negara ini, First Lady Apparels (Malaysia) Sdn Bhd antara jenama fesyen segera yang semakin berkembang. First Lady adalah perintis dalam pasaran busana Melayu tradisional secara besar-besaran.

Eksekutif Produk First Lady, Roslawati Ab Latif berkongsi faktor yang melonjakkan jenama berkenaan sebagai label utama dalam industri fesyen segera busana Melayu.

"Industri fesyen busana Melayu dan Muslimah berkembang pesat sejak akhir-akhir ini. Ramai pereka terkemuka muncul dengan rekaan dan jenama masing-masing.

"Rekaan mereka mempengaruhi cita rasa pelanggan dan menjadi peneraju trend menerusi ciptaan kreatif yang ditampilkan. Selain itu, fesyen popular dari Barat juga memainkan peranan penting trend semasa fesyen Melayu dan Muslimah," katanya.

Tambahnya, jenama berkenaan sentiasa peka dan berusaha untuk berada sealiran dengan trend terkini. Pada masa sama, jenama itu akan terus mengoptimumkan bekalan yang dikeluarkan dan memasarkan rekaan terkini ke semua cawangannya dengan segera.

Namun mempunyai rekaan terbaru saja tidak memadai kerana setiap helaian perlu dilengkapi dengan penggunaan fabrik dan hiasan sesuai untuk menjaga mutu serta imej yang dikehendaki.

Walaupun pemilihan fabrik dan perincian yang teliti, harga jualan setiap helaian yang ditampilkan rendah dan berpatutan.

"Persada fesyen busana Melayu dan Muslimah menjadi semakin kompetitif dan kami mesti memiliki ilham unik tersendiri serta kelainan untuk kekal unggul dan berdaya saing," katanya.

Kini, setiap helaian menarik dengan konsep sedia dipakai itu boleh didapati di semua 40 cawangan di seluruh Semenanjung pada harga mampu milik.

Untuk maklumat lanjut, layari www.1stlady.com.my dan LIKE laman Facebook jenama berkenaan di www.fb.com/firstladymalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:01 AM