Anggota bomba berusaha membantu mangsa sebelum diusung untuk dibawa ke hospital. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha membantu mangsa sebelum diusung untuk dibawa ke hospital. FOTO ihsan bomba
Oleh Fuad Hadinata Yaacob

Klang: Pemandu lori kontena dipercayai patah kaki kiri selepas menahan kenderaan itu yang tiba-tiba bergerak sendiri dalam kejadian di Jalan Bunga Raya Off Jalan Teratai, Jalan Meru, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi, lelaki berusia 50-an itu sedang menyelenggara kenderaan berat berkenaan sebelum menyedari ia bergerak.

Panik dengan kejadian itu mangsa berusaha menahan lori itu namun gagal sebelum terperosok di bawah kenderaan itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang Pegawai Bomba Kanan II Nor Samsudin Besah berkata, pihaknya membabitkan enam anggota dan pegawai mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan lori lain untuk membantu mengeluarkan mangsa.

"Kaki kiri mangsa tersepit di bawah tayar lori dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 7:29 PM