PENDUDUK kampung di Tana Toraja menempatkan mayat bayi mereka dalam pokok hidup.
PENDUDUK kampung di Tana Toraja menempatkan mayat bayi mereka dalam pokok hidup.
Agensi

Jakarta: Inilah ‘kubur pokok’ tempat bayi ‘ditanam’ di dalam pokok hidup bagi membolehkan mereka ‘diserap’ oleh alam semula jadi.

Amalan ini dilakukan di daerah Tana Toraja, kawasan pedalaman wilayah bergunung di Sulawesi Selatan, kira-kira 200 kilometer ke utara Makassar.

Penduduk kampung akan membuat lubang pada batang pokok yang besar sebelum menempatkan mayat bayi mereka yang dikafankan di dalamnya.

Lubang itu kemudian ditutup dengan serat palma. Penduduk percaya lama kelamaan mayat bayi itu diserap pokok berkenaan sementara rohnya diterbangkan oleh angin.

Sebatang pokok besar boleh menempatkan puluhan mayat bayi dan hanya mereka belum tumbuh gigi saja ditanam sedemikian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 7:35 AM