Hamilton harap Mercedes cukup pantas mengatasi cabaran Ferrari dan Red Bull Renault di Suzuka. - Pix AP
Hamilton harap Mercedes cukup pantas mengatasi cabaran Ferrari dan Red Bull Renault di Suzuka. - Pix AP

Suzuka: Lewis Hamilton dan Nico Rosberg berharap kereta Mercedes digunakan menghadapi Grand Prix Jepun hujung minggu ini lebih baik berbanding di Singapura.

"Saya langsung tidak yakin. Saya tidak ada maklumat untuk melonjak diri saya sendiri," kata Hamilton penyandang juara dunia kepada media Britain hari ini selepas ditanya mengenai tahap keyakinannya bersaing di litar Suzuka.

Pada perlumbaan di litar sempit dan banyak selekoh di Singapura minggu lalu Mercedes tercicir satu setengah saat pada sesi kelayakan di belakang kereta Ferrari pemenang perlumbaan dipandu oleh Sebastian Vettel. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2015 @ 3:36 PM