GELAGAT pencuri remaja yang selamba mencuri barang   ketika jemaah wanita solat.
GELAGAT pencuri remaja yang selamba mencuri barang ketika jemaah wanita solat.
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.

Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.

Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.

"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 5:12 AM