M Vishwanath (kiri) dan R Dinishwaran (kanan). - Foto Polis Diraja Malaysia
M Vishwanath (kiri) dan R Dinishwaran (kanan). - Foto Polis Diraja Malaysia
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua individu itu ialah M Vishwanath, 25, yang alamat terakhirnya ialah Taman Desa Karangan, Sungai Karangan, Kedah.

Menurutnya, seorang lagi ialah R Dinishwaran, 23, yang alamat terakhirnya di Batu Pekaka Estate, Kedah.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua individu itu boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Wan Abdullah di talian 012-3482737 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Rabu lalu, mayat Kevin ditemui disimen dalam tong drum di Taman Subang Mewah, USJ 1, Selangor selepas dilaporkan hilang pada 4 September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2015 @ 6:05 PM