Seorang Ahli Parlimen pembangkan cuba merampas pembesar suara daripada Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto  AFP
Seorang Ahli Parlimen pembangkan cuba merampas pembesar suara daripada Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto AFP
Ahli Parlimen meninggalkan kerusi menyerbu Speaker Yoshitada Konoike sama ada mahu merebut pembesar suara bagi menghalangnya meneruskan undian rang undang-undang atau untuk melindunginya. - Foto REUTERS

Ahli Parlimen pembangkang Hiroyuki Konishi (atas) memanjat ke atas Ahli Parlimen lain yang melindungi Speaker Yoshitada Konoike. - Foto REUTERS
Ahli Parlimen pembangkang Hiroyuki Konishi (atas) memanjat ke atas Ahli Parlimen lain yang melindungi Speaker Yoshitada Konoike. - Foto REUTERS
Semakin ramai Ahli Parlimen mengerumuni Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto  EPA
Semakin ramai Ahli Parlimen mengerumuni Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto EPA
Ahli Parlimen mengerumuni Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto  EPA
Ahli Parlimen mengerumuni Speaker Yoshitada Konoike (tidak kelihatan). - Foto EPA
Speaker Yoshitada Konoike dikerumuni Ahli Parlimen dan Masahisa Sato (kanan) dari Parti Liberal Democratik yang memerintah menumbuk muka Ahli Parlimen pembangkang Hiroyuki Konishi. - Foto REUTERS
Speaker Yoshitada Konoike dikerumuni Ahli Parlimen dan Masahisa Sato (kanan) dari Parti Liberal Democratik yang memerintah menumbuk muka Ahli Parlimen pembangkang Hiroyuki Konishi. - Foto REUTERS

Persidangan Parlimen Jepun menjadi huru-hara pagi ini apabila Ahli Parlimen tolak menolak, malah bertumbuk sesama sendiri ketika perbahasan rang undang-undang yang boleh membuatkan tentera negara itu meninggalkan dasar tidak campur tangan dalam konflik di luar Pasifik yang diamalkan sejak 70 tahun lalu.

Ahli Parlimen pembangkang melompat dari meja atas ke bawah ketika pergaduhan itu dengan beberapa orang cuba merebut pembesar suara daripada Speaker dewan bagi menghalangnya meneruskan undian untuk undang-undang kontroversi berkenaan.

Seorang pemimpin kanan pembangkang kemudian berkata mereka tidak akan menerima undian yang dilakukan tanpa pengetahuan mereka.

Jika rang undang-undang itu diluluskan, tentera Jepun dibenar mempertahankan sekutu walaupun Jepun sendiri tidak diserang.

Artkel Sembilan sekarang yang berkuatkuasa selepas Perang Dunia Kedua - perang di luar kawasan Jepun ialah bagi menyelesaikan pertikaian antarabangsa membabitkan Jepun.

Perbahasan rang undang-undang itu diteruskan selepas pertelingkahan berjaya diredakan. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2015 @ 8:59 PM