Kuala Lumpur: Dua jurulatih berpengalaman Arul Selvaraj (gambar) serta Tai Beng Hai akhirnya menerima padah berikutan tindakan kasar mereka terhadap pengadil perlawanan pada saingan Liga Hoki Malaysia (LHM).

Beng Hai yang membimbing Sapura, dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan oleh Jawatankuasa Teknikal LHM selepas didapati mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pengadil perlawanan sejurus tamat perlawanan antara Sapura dengan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) berkesudahan seri 4-4, Ahad lalu.

Namun nasib lebih malang menimpa Arul yang juga ketua jurulatih UniKL apabila Jawatankuasa Teknikal MHC menjatuhkan hukuman peng
gantungan tiga perlawanan kerana turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan selepas pasukannya tewas 3-4 kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), juga pada Ahad lalu.

Turut dikenakan hukuman penggantungan satu perlawanan, pengurus Sapura, Louis Gregory serta pemain UniKL, S Selvaraju.

Pengarah Pertandingan LHM Datuk G Vijayanathan berkata, hukuman itu wajar dikenakan ke atas mereka terbabit kerana jelas menyalahi kod etika ditetapkan.

“Saya sentiasa tegaskan anda perlu hormati keputusan pengadil dan tidak boleh sesekali melemparkan kata-kata kesat kepada mereka.

“Sebab itu kami mengambil serius tindakan yang mereka lakukan terhadap pengadil,” katanya.

Jelas Vijayanathan, kes Arul yang digantung tiga per
lawanan, tiada ruang untuknya mengemukakan rayuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 9:58 AM