Bayi yang ditemui 3 pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Bayi yang ditemui 3 pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Oleh Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui oleh seorang wanita di depan sebuah rumah di Nilam Puri, di sini, 3 pagi tadi.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu diletakkan di atas batu tanpa sebarang alas.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, kejadian disedari pengadu berusia 48 tahun selepas dia terdengar tangisan bayi.

"Wanita itu kemudian keluar mencari bunyi tangisan itu dan menemui bayi itu ditinggalkan di atas rumput dalam keadaan kotor.

"Dia kemudian mengambil bayi itu dan memandikannya sebelum membawanya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dirawat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 6:34 PM