KETUA Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Mohamad Fuad Khusairi (tengah) menunjukkan SmarTAG dan kad Plus Miles Touch N Go yang akan digunakan nanti di kedua-dua Plaza Tol itu. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
KETUA Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad Mohamad Fuad Khusairi (tengah) menunjukkan SmarTAG dan kad Plus Miles Touch N Go yang akan digunakan nanti di kedua-dua Plaza Tol itu. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Alor Setar: Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam di Lebuh raya Utara-Selatan (NSE) akan mula beroperasi secara 100 peratus sistem elektronik bermula 9 September ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohamad Fuad Khusairi berkata, pelaksanaan inisiatif kutipan tol secara 100 peratus elektronik ini adalah bagi membantu melancarkan lagi transaksi di plaza tol dan mengurangkan kesesakan.

Menurutnya, setakat ini kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya yang melalui kedua-dua plaza tol itu sudah menggunakan sistem elektronik.

“Pengguna yang yang membayar tol secara elektronik di kedua-dua plaza tol terbabit juga akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus bermula 1 September hingga 31 Disember ini.

“Selain Plaza Tol Jitra dan Bukit Kayu Hitam, inisiatif pelaksanaan tol secara elektronik sepenuhnya akan dilaksanakan serentak pada 9 September ini di 10 buah lagi plaza tol lain di seluruh negara,” katanya pada majlis taklimat pelaksanaan sistem itu di Hotel Tabung Haji, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 1:44 PM