Jentera pembajak sawah yang menghempap mangsa. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Jentera pembajak sawah yang menghempap mangsa. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
Oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Parit Buntar: Seorang lelaki maut apabila jentera pembajak sawah yang dipandu hilang kawalan dan terhumban ke dalam parit sebelum menghempap mangsa di Parit Tanjung Piandang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.00 pagi tadi, mangsa yang dikenali sebagai Muiz 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas paramedik.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada penduduk setempat, seorang rakan sekerja mangsa yang berada di tempat kejadian, melihat jentera dipandu mangsa terhumban ke dalam parit dan cuba membantu menyelamatkan mangsa namun gagal.

"Sebuah jengkaut yang berada berhampiran lokasi kejadian digunakan bagi membantu mengangkat jentera yang menghempapnya.

"Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia." katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal berhampiran tempat kejadian bakal berkahwin pada September ini.

Kererangan gambar:

Pix 1: KEADAAN..jentera membajak dipandu mangsa yang terjunam dalam parit.

Tamat27

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Ogos 2015 @ 3:35 PM