ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. FOTO ihsan Bomba
Oleh Junaidi Ladjana


Sipitang: Wanita warga emas yang dikhuatiri lemas ketika memancing bersama dua rakannya di pantai Merintaman, dekat sini, semalam ditemui pagi tadi.

Mayat Jodah Fakar, 60, ditemui terapung di kawasan laut berhampiran lokasi kejadian mangsa dilaporkan hilang oleh nelayan tempatan sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang Mohd Rizzan Jefri berkata, pada 7.33 malam semalam, pihaknya dihubungi orang awam mengatakan wanita dilaporkan hilang di kawasan pantai merintaman, dekat sini, ketika melakukan aktiviti memancing ikan bersama dua lagi rakannya.

"Berdasarkan maklumat itu, sepasukan bomba dari balai bomba Sipitang dikejarkan ke lokasi kejadian untuk gerakan mencari dan menyelamatkan sebelum ditanggung kerana keadaan sudah gelap.

"Sebaik disambung pagi tadi, mangsa berjaya ditemui sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 1:45 PM