ANGGOTApolis menangkut keluar serpihan pesawat belum dikenal pasti di Pulau Reunion. FOTO AFP
ANGGOTApolis menangkut keluar serpihan pesawat belum dikenal pasti di Pulau Reunion. FOTO AFP

New York: Malaysia sudah menghantar pasukan khas ke Pulau Reunion dekat Madagascar untuk memastikan jika serpihan sayap pesawat yang ditemui di situ berkaitan dengan pesawat MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serpihan itu akan dikenal pasti secepat mungkin.

"Apa sahaja serpihan yang ditemui perlu disahkan betul jika ia miliki MH370," katanya selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu di New York mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Satu objek dipercayai serpihan sayap daripada bahagian pesawat ditemui hanyut berhampiran pantai Pulau Reunion, semalam.

Serpihan dua meter itu yang dipercayai bahagian sayap pesawat ditemui orang ramai yang membersihkan kawasan pantai di situ.

Sementara itu, Penerbangan Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, masih terlalu awal untuk syarikat penerbangan itu membuat spekulasi mengenai serpihan itu dan syarikat penerbangan itu sedang bekerjasama dengan pihak berkaitan untuk mengesahkan penemuan tersebut. - AFP

Berita Berkaitan

> ‘Sama tapi belum pasti’: http://hmtro.com/1ShcpgG

> Terlalu awal buat spekulasi: http://hmtro.com/1H4t37m

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 11:21 AM