KEADAAN kereta mangsa yang terhumban ke dalam longkang.
KEADAAN kereta mangsa yang terhumban ke dalam longkang.
Oleh Arifin Salleh

Kluang: “Muhamad Amer Fahiz sempat memakai minyak wangi, malah baunya harum sebelum dia keluar bersama abangnya pagi semalam (kelmarin),” kata Azlina Sahmian, 47, ibu kepada Muhamad Amer Fahiz Mohd Said, 19, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya selepas Perodua Kancil dinaiki bersama abangnya, Mohd Badiuz Zaman, 28, merempuh pokok dan terhumban ke dalam longkang di Jalan Ayer Hitam-Kluang dekat Seri Lalang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi, Muhamad Amer yang bekerja di stesen minyak di Taman Desa di sini dan berasal dari Taman Putera Indah, Tongkang Pechah, Batu Pahat meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohd Badiuz pula cedera parah di kepala serta badan. Kejadian berlaku selepas Perodua Kancil dipandu Muhamad Amer Fahiz hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok.

Mangsa yang baru sebulan bekerja di stesen minyak dalam perjalanan dari Ayer Hitam ke Kluang untuk ke tempat kerjanya.

Azlina berkata, sebelum ini, anak ketiga daripada empat beradik itu hanya mandi di tempat kerja, tetapi berbeza dengan pagi kelmarin apabila dia mandi serta memakai haruman di rumah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 5:21 AM