Kadang-kadang saya perlu menukar gear 'N' sekiranya mahu menghidupkan enjin kereta.

Selain itu, enjin saya kadang-kadang rasa tersengguk ketika menekan pedal minyak. Malah, saya sudah melakukan servis pendikit badan, tetapi masalah itu masih berlaku.

INGIN TAHU,

Selangor.

Bagi pengetahuan umum, kereta berkotak gear automatik sememangnya dilengkapi ciri keselamatan supaya ia tidak boleh dihidupkan jika posisi gear bukan dalam keadaan 'P' atau 'N'.

Ia untuk mengelakkan kemungkinan kereta bergerak sekiranya enjin dihidupkan ketika dalam gear.

Malah, sebagai satu lagi ciri tambahan, selain mengesan kedudukan gear, sesetengah kereta moden akan memerlukan anda memijak pedal brek untuk menghidupkan enjin.

Pengesan kedudukan gear itu menggunakan peranti pada kedudukan gear atau mungkin juga satu suis mudah yang menghubungkan litar motor penghidup apabila tombol berada kedudukan 'P' atau 'N'.

Memandangkan kereta anda mampu dihidupkan dalam kedudukan N, ada kemungkinan ia mengalami masalah kecil pada peranti atau suis bagi kedudukan P itu.

Cuba kesan kedudukan komponen itu dengan menggantikannya atau cuci terminal yang menghubungkan litar motor penghidup.

Masalah enjin tersengguk pada awal menekan pedal minyak menggambarkan ia berpunca daripada pembakaran campuran bahan api yang kurang tepat.

Ia mungkin berpunca beberapa faktor membabitkan pendikit badan (throttle body) dan juga perantinya yang gagal memberi maklumat kepada unit kawalan enjin dan menyebabkan enjin tidak mampu beroperasi secara baik.

Namun, anda perlu mengenal pasti sama punca tersengguk itu berpunca daripada sistem nyalaan atau pendakap enjin yang longgar atau rosak.

Jika ia dirasai ketika gear dimasukkan, cuba periksa pendakap enjin dan juga syaf pacuan sama ada bahagian itu longgar atau rosak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 November 2014 @ 5:00 AM