BARISAN duta kempen Syukur Selalu TV3 dan TV9
BARISAN duta kempen Syukur Selalu TV3 dan TV9
JEJAK Rasul
JEJAK Rasul
QARI  Junior
QARI Junior
RAMADAN Jangan Tinggal Kami.
RAMADAN Jangan Tinggal Kami.
MOREH
MOREH
Oleh Sudirman Mohd Tahir


Jika dua tahun lalu kempen Ramadan dan Syawal rangkaian televisyen Media Prima, TV3 dan TV9 mengangkat tema Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal, tahun ini dua stesen TV berkenaan bersama-samaPortal video, Tonton mengetengahkan tema Syukur Selalu.

Seperti tahun terdahulu, penonton disajikan dengan pelbagai program menarik. Kali ini, beberapa program baru diperkenalkan di samping rancangan ‘trademark’ sepanjang sambutan bulan Ramadan.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, bersesuaian dengan tema program yang ditampilkan kali ini kebanyakannya lebih berilmiah dan berunsur keagamaan.

“Bukan mudah sebenarnya nak mencari idea baru setiap tahun. Alhamdulillah, selepas sesi ‘brain storming’ enam bulan lalu, kami berharap program yang bakal ditayangka memenuhi cita rasa penonton.

“Bukan semuanya program baru kerana ada juga rancangan sama yang dikekalkan. Cuma ia dipersembahkan dengan konsep berbeza agar tampak lebih segar. Antaranya, Jejak Rasul, Madrasah dan beberapa lagi,” kata Sherina.

Tambahnya lagi, program yang dianggap ‘trademark’ dalam bulan berkenaan mencatat jumlah tontonan tinggi dan wajar dikekalkan.

Sementara itu, drama yang bakal menghiasi setiap slot di dua stesen berkenaan masih menjaga kesucian bulan Ramadan.

Selain program berbentuk dokumentari, majalah dan drama, empat artis popular iaitu Elfira Loy Fadlan Hazim, Kaka Azraff dan Fizo Omar diperkenalkan sebagai duta Syukur Selalu TV9

Manakala barisan duta TV3 pula idalah Fara Fauzana, Ahmad Fedtri Yahya, Zara Zya, Aeril Zafrel, Izreen Azminda dan Shukri Yahaya.

Lebih istimewa, lagu tema Syukur Selalu dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan Black.

Wajah mereka bukan sahaja menghiasi program di TV3 dan TV9, malahan turut turun padang menjayakan kempen sepanjang bulan Ramadan nanti.

Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung sempena kempen ini ialah Bazar Syukur Selalu di Dataran Tok Gajah, Temerloh pada 27 Jun 2015 dan Plaza Angsana, Johor Bahru pada 4 Julai 2015.

Selain itu, Skuad Syukur Selalu mengunjungi lokasi Bazar Ramadan di Lembah Klang bermula 19 Jun ini.

Tampil dengan kelainan, Skuad Syukur Selalu menaiki vespa dan mengagihkan set iftar secara percuma kepada orang ramai.

Orang ramai boleh boleh mengikuti perkembangan dan maklumat terkini Syukur Selalu dengan muat turun aplikasi mudah alih #SyukurSelalu secara percuma.

Selain memaparkan rancangan menarik di TV3, TV9, Tonton dan HotFM, tip fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan dalam aplikasi ini.

Dapatkan juga E-Kad Raya unik dan maklumat terkini trafik bagi mengelak kesesakan lalu lintas serta memudahkan perjalanan.

Antara program menarik yang menghiburkan penonton setia TV3 sepanjang Ramadan adalahJejak Rasul As-Salam 2015, Qari Jr, Detik 12 Tengahari, Apa Nak Makan Ni? Madrasah, Kias Ramadan, Moreh, Sembang Sahur dan HidayahMu Ramadan.

Selain itu turut disajikan Chef Ramadan, Syurga Nur, Wadi, PadaMu Aku Bersujud, Pesan Dari Tuhan, Adik Tak Tipu, Ramadan Jangan Tinggal Kami dan Qasih Ramadan.

TV9 juga tidak ketinggalan dengan paparan program menarik seperti The Streets, Ramadan 101, Di Sebalik Doa, Taman Syurga Metropolitan, Manisnya Sunnah, Tanyalah Ustazah (Cinta-Nya Insan) dan Bila Bujang Masuk Dapur.

Penonton juga dihiburkan dengan Jalan Jalan Bazar Ramadan, Jom Berbuka, Makmal Masak, Mad Markets @HipTV, Lorong Kecil Ke Syurga, Khilaf Seorang Isteri, Dia Ibuku, Misiku Kubur dan Sirah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 11:19 AM