Adenan   (dua dari kiri) menunjukkan produk terbaru.
Adenan (dua dari kiri) menunjukkan produk terbaru.
Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya : Gamat Emas Sdn Bhd (GESB) melancarkan dua produk kesihatannya di pasaran tempatan masing-masing membabitkan minuman kesihatan dan krim rawatan kulit bagi mengukuhkan kedudukannya di negara ini.

Pengerusinya, Datuk Adenan Mohd Zain berkata, kedua-dua produk berkenaan termasuk minuman susu kambing G-MilQ dan BB Cream malah, pihaknya memperkenalkan semula produk BIO-H Maca dimana ia diperbaharui dengan penambahan ekstrak Maca.

Beliau berkata, pengenalan G-MilQ dibuat selaras keperluan pasaran tempatan dan memberi nilai tambah kepada produk itu dengan rumusan sembilan makanan sunah termasuk madu, kurma, badam, delima, tin, zaitun, saffron dan habbatus sauda.

“Produk BB Cream pula dirumuskan khas bagi keperluan semua jenis kulit dimana formulasi produk mampu merawat kulit sensitif; menyumbat liang pori; menutup cela wajah dan pigmentasi; menyuburkan lapisan kulit dan menjadikan kulit cantik sempurna walaupun tanpa solekan.

“Lebih menarik, BB Cream turut diformulasikan dari ekstrak Chromolaena Odarata (CO) iaitu bahan aktif yang bertindak sebagai anti penuaan; mencegah pigmentasi dan menguatkan struktur kulit,” katanya sempena Malam Anugerah Gamat Gemilang di sini, kelmarin.

Katanya, pengenalan dua produk berkenaan diharap memperkukuhkan kehadiran jenama GESB di pasaran selain menyertai kira-kira 46 produk lain GESB yang sudah lama bertapak di pasaran tempatan.

Menurutnya, beliau berharap produk sama diterima di luar negara termasuk Thailand menerusi pembukaan dua pusat pengedaran antarabangsa (IDC) di Sungai Golok, Narathiwat dan Yala.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 6:37 AM