Oleh Azma Razana Johari


Bukit Mertajam: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelar di leher serta tikaman di dada kiri dan belakang badan jam di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di sini, pada jam 12 tengah malam tadi.

Mayat lelaki berusia dalam lingukan 20-an itu ditemui di tepi jalan oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan sebelum menghubungi polis.

Jurucakap polis berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai di badan mangsa dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan.

"Mangsa ditemui terbaring di tepi jalan dengan memakai topi keledar, baju T dan baju sejuk hitam serta berseluar jeans biru," katanya.

Mayat lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan polis sedang berusaha mengesan identiti lelaki berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Oktober 2014 @ 1:28 PM