Basyar Mustapa pasti ramai yang mempunyai sahabat namun tidak tahu banyak fakta menarik mengenai kepentingan persahabatan.

Tidak dinafikan, persahabatan sangat penting dalam hidup kita terutama pada usia muda. Memiliki sahabat memberikan kita teman dalam kehidupan seharian jadi bolehlah kita berkongsi suka dan duka bersama.

Sahabat sangat dihargai dalam setiap budaya sekalipun malah, ada pepatah mengatakan jika kita memiliki seorang sahabat sebenar, kita memiliki harta yang tidak terkira nilainya.

Sebenarnya ada beberapa fakta menarik berkaitan persahabatan yang diperoleh dari kajian sosial dan saintifik. Gen Y kali ingin kongsikan bersama pembaca yang sudah tentunya mempunyai insan yang boleh digelar sahabat.

1. Dalam kehidupan, secara purata seseorang itu akan memiliki 396 individu yang boleh digelar rakan. Namun dikatakan hanya 1 dalam 12 atau 33 persahabatan akan kekal lama. Rakan merujuk kepada kenalan yang kita selalu berinteraksi manakala sahabat atau kawan baik pula adalah kawan yang kita sering berkongsi cerita, suka dan duka bersama tanpa mengira jarak.

2. Satu hasil kajian oleh Flinders University Australia mengatakan mereka yang berusia 70 tahun ke atas mempunyai rangkaian persahabatan yang luas akan hidup 22 peratus lebih lama berbanding mereka yang tidak mempunyai ramai kawan.

3. Kaum lelaki berjumpa rakan mereka setiap lima hari manakala wanita bertemu rakan mereka mereka setiap 3.5 hari. Kedua-dua jantina bagaimanapun berjumpa sahabat baik mereka hanya sekali dalam lapan minggu.

4. Ada yang mengatakan jika kita sudah berkawan dan sering berhubung dengan seseorang itu selama tujuh tahun, persahabatan itu akan berkekalan untuk seumur hidup.

5. Tidak mempunyai rakan rapat atau seseorang yang digelar sahabat boleh menjadi punca kepada masalah ketagihan rokok atau makan berlebihan yang menyebabkan obesiti.

6. Persahabatan me­ngurangkan masalah tekanan dan membantu tubuh pulih lebih cepat daripada penyakit atau kesakitan seperti masalah atritis, kanser dan penyakit jantung.

7. Mengetahui apa yang tidak disukai rakan kita boleh menjadikan per­sahabatan lebih bertahan lama. Pendapat ini hasil kajian pakar psikologi Dr Charity Friesen selepas menjalankan kajian terhadap ribuan pelajar universiti dan anak muda.

8. Kajian mendapati kaum perempuan yang mempunyai rakan baik pada usia kecil lebih gembira apabila menjadi wanita dewasa.

9. Ada yang berpendapat lelaki dan perempuan tidak mungkin berkawan baik kerana akan jatuh cinta. Satu kajian daripada University of Wisconsin mengatakan kaum adam lebih cenderung jatuh cinta terhadap kawan baik perempuan mereka dan selalu berpendapat kawan perempuan itu juga sukakannya lebih daripada seorang kawan.

10. Saintis mendapati aktiviti otak antara dua sahabat baik adalah sama. Jika melihat rakan dalam kecemasan atau kesusahan otak sahabat yang satu lagi akan bertindak dalam aktiviti sama dan ia menunjukkan satu hubungan persahabatan yang dalam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2015 @ 1:08 PM