Rosnani memangku jenazah anaknya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, 12.45 tengah hari tadi. FOTO ihsan PDRM
Rosnani memangku jenazah anaknya yang maut dalam kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, 12.45 tengah hari tadi. FOTO ihsan PDRM
Oleh Rohaida Omar


Kuala Krai: Seorang ibu tenang memangku jenazah anaknya sambil membacakan Yasin selepas anaknya itu meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 60.5 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, 12.45 tengah hari tadi.

Rosnani Mohameed, 49, memangku anaknya berusia 22 tahun yang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh pintu depan sebuah van yang tiba-tiba membuat pusingan U.

Mangsa, Ikhwan Shafiq Ab Razak, 22, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam perjalanan dari bandar Kuala Krai ke rumahnya di Bukit Sireh, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, mangsa berada di belakang van berkenaan yang tiba-tiba membuat pusingan U menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikal lalu merempuh pintu van sebelah pemandu.

"Akibat rempuhan itu mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di badan dan kepala.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 7:23 PM