ANGGOTA penyelamat berdiri di sebelah bas yang membawa mangsa. FOTO EPA
ANGGOTA penyelamat berdiri di sebelah bas yang membawa mangsa. FOTO EPA
ANGGOTA tentera Pakistan di luar hospital menempatkan mangsa cedera akibat serangan sekumpulan lelaki bersenjata. FOTO EPA
ANGGOTA tentera Pakistan di luar hospital menempatkan mangsa cedera akibat serangan sekumpulan lelaki bersenjata. FOTO EPA

Karachi: Sekurang-kurangnya 43 penumpang puak Syiah terbunuh selepas sekumpulan lelaki menembak bas dinaiki mereka di Karachi, hari ini.

Ketua polis daerah Sindh, Ghulam Haider Jamali berkata, laporan awal daripada hospital berhampiran mendapati 43 orang terbunuh manakala 13 lagi cedera.

"Enam lelaki menunggang tiga motosikal sebelum memasuki bas itu dan mula tembak rambang menggunakan pistol 9mm,” katanya.

Rakaman televisyen di lokasi kejadian menunjukkan bas merah jambu dengan kesan darah di beberapa bahagian manakala ahli keluarga bersama mangsa cedera di hospital behampiran.

Serangan ke atas puak Syiah ini ini adalah yang paling teruk sejak 30 Januari apabila pengebom berani mati meletupkan dirinya di dalam masjid di Shikarpur mengakibatkan 60 mangsa terkorban.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 3:59 PM