Keadaan Toyota Unser yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan seorang wanita. FOTO ihsan pembaca
Keadaan Toyota Unser yang terbabit kemalangan sehingga mengorbankan seorang wanita. FOTO ihsan pembaca
Oleh Raja Noraina Raja Rahim


Nilai: Seorang wanita maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dipandu merempuh treler di Kilometer 287.4 PLUS arah selatan, berhampiran susur Nilai, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa, Hayati Mohamad Sahari, 44, bersama seorang ahli keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Seremban.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Abdullah Roning berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 8 malam dan siasatan di lokasi mendapati kenderaan dipandu mangsa merempuh belakang treler membawa muatan sayur menyebabkan kenderaannya berpusing beberapa kali sebelum terbalik.

"Treler berkenaan turut terbabas lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik di laluan bertentangan," katanya ketika dihubungi pagi tadi.

Menurutnya, pemandu Unser meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpangnya parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dirawat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 11:19 AM