Oleh Afiq Hanif


Microsoft Surface sudah pasti menjadi tablet paling sesuai untuk kerja harian terutama bagi yang sudah biasa menggunakan PC dengan operasi Windows.

Oleh itu, langkah Microsoft membawa masuk Surface 3 sudah pasti dialu-alukan dengan rekaan yang nipis dan ringan pada harga lebih mampu dimiliki berbanding ultrabook.

Dengan kenipisan 8.7mm dan berat 622 gram, Surface 3 mempunyai beberapa perbezaan berbanding Surface 3 Pro, namun paling utama, CPUnya menggunakan Atom x7 quad core yang memiliki kemampuan jangka hayat bateri sehingga 10 jam berbanding Intel Core-i.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 April 2015 @ 1:34 PM