PEGAWAI Penguat Kuasa JAIJ menyoal siasat pasangan ditangkap khalwat.
PEGAWAI Penguat Kuasa JAIJ menyoal siasat pasangan ditangkap khalwat.

Johor Bahru: Seorang wanita merayu kepada pihak berkuasa supaya tidak memaklumkan kepada keluarganya yang dia ditahan kerana berkhalwat dengan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Skudai di sini, kelmarin.

Wanita berusia 24 tahun itu yang ditemui dalam keadaan hanya bertuala mengaku baru mengenali lelaki berumur 37 tahun terbabit yang bekerja sebagai tekong bot di Batu Pahat.

Bagaimanapun, kedua-duanya memberi kerjasama ketika disoal-siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) untuk proses dokumentasi.

Mereka ditahan pada operasi sempena cuti umum Awal Muharram 1436 Hijrah yang dijalankan antara jam 11 malam hingga 2 pagi semalam di hotel bajet sekitar Skudai.

Operasi itu membabitkan 10 anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:08 AM