Kuala Lumpur: Goodnite Enterprise (M) Sdn Bhd (Goodnite) menyasarkan jualan lebih RM10 juta dalam tempoh enam bulan apabila diperkuat dengan pengenalan tilam terbarunya StatFree yang didatangkan dengan tiga model iaitu San Severo, San Antonio dan San Angelo.

Pengarah Pemasarannya, Chew Kah Seng berkata, syarikatnya komited menawarkan tidur berkualiti kepada pelanggan dengan inovasi tilam bermutu tinggi dan reka bentuk unik bagi memastikan keselesaan rakyat Malaysia sepanjang malam.

“Model terbaru ini hasil gabungan inovasi penyelidikan dan pembangunan ke atas bahan mentah tilam dan peralatan tidur yang menjamin penggunanya dapat tidur dengan nyenyak apabila kami juga tawarkan harga berpatutan kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian dengan Persatuan Kebajikan Barah Payu Dara (BCWA) untuk mengadakan kempen pencegahan barah payu dara sejajar bagi tujuan tanggungjawab sosial korporatnya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara, Prof Madya Dr Zaharah Aiyub.

Kempen dua bulan bermula 17 Mac hingga 25 Mei itu membabitkan siri jelajah lapan lokasi termasuk Petaling Jaya, Alor Star, Penang, Kota Bharu, Kuantan, Johor Bahru, Melaka dan Batu Pahat yang turut menawarkan khidmat pemeriksaan payu dara secara percuma serta maklumat mengenai pencegahan kepada orang ramai khususnya wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 8:37 AM