Li (kiri), Ning dan dua anak mereka.
Li (kiri), Ning dan dua anak mereka.
Agensi

Sichuan (China): Sepasang suami isteri di sini mengambil keputusan menjual anak mereka untuk membiayai rawatan kanser si suami.

Li Mingjin, 38, dan isteri, Ning Xiangfang, sudah menghabiskan semua wang simpanan mereka untuk membiayai rawatan Li yang disahkan menghidap penyakit itu November lalu.

Bagaimanapun, dengan hanya wang cukup untuk makan dan hidup dengan subsidi kerajaan ketika ini, Li dan Ning berkata, mereka terpaksa menjual seorang anak perempuan mereka.

Wang itu, menurut pasangan berkenaan, akan diguna untuk merawat Li.

Li mulanya berkata, dia bercadang menjual organnya untuk memperoleh wang berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 5:18 AM