PASUKAN penyelamat di lokasi nahas. FOTO EPA
PASUKAN penyelamat di lokasi nahas. FOTO EPA

Paris: Pembantu juruterbang pesawat Germanwings yang terhempas di Perancis Selasa lalu dipercayai sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas, kata pendakwa raya dari Perancis, hari ini.

Pendakwa raya Marseille, Brice Robin berkata, berdasarkan maklumat daripada rakaman suara kotak hitam kokpit pesawat, pembantu juruterbang itu juga disyaki menekan butang mendarat sebelum pesawat itu terhempas.

Katanya, pembantu juruterbang berkenaan adalah Andreas Lubitz yang juga warga Jerman dan tiada maklumat yang mengaitkannya dengan aktiviti pengganas setakat ini.

“Pernafasan Lubitz turut normal pada saat-saat terakhir penerbangan dan kedengaran hentaman di pintu kokpit ketika penggera kecemasan berbunyi.

“Lubitz berseorangan di dalam kokpit pada waktu kejadian selepas kapten pesawat itu keluar dari kokpit dan tidak dibenarkan masuk semula,” katanya.

Dalam nahas itu, 144 penumpang dan enam kru terkorban. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 8:37 PM