CHOU memperkenalkan tiga produk sempena Kongres Mudah Alih Sedunia   2015.
CHOU memperkenalkan tiga produk sempena Kongres Mudah Alih Sedunia 2015.

Barcelona: HTC memperkenalkan tiga produk sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2015 termasuk telefon pintar, gelang tangan dan peranti realiti maya yang menjadi penentu masa depan syarikat terbabit tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Chou yang memperkenalkan model One M9 menganggap telefon pintar terbabit sebagai peranti premium yang disasarkan kepada pengguna teknologi paling canggih.

“Tiga produk kami menjadi penentu HTC dan pasti kami mahukan yang terbaik kepada pengguna,” katanya ketika pelancaran tiga model HTC One M9, Grip dan Valve.

One M9 menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 810 64-bit bersama RAM 3GB membolehkannya beroperasi pantas terutama bagi kerja berat seperti menonton video dan melayari Internet.

Berbanding model sebelum ini, HTC memperkenalkan Connect membenarkan ia dipasangkan dengan mana-mana TV pintar bagi membolehkan tontonan lebih mudah kandungan dari telefon.

Selain One M9, HTC tampil mengejut dengan gelang pintar Grip yang tidak dijangka diperkenalkan di Barcelona, Sepanyol.

HTC Grip menjadi peranti boleh pakai pertama syarikat terbabit dengan kerjasama Under Armour yang boleh disesuaikan untuk atlit dan individu aktif dalam kecergasan.

Manakala HTC VR dengan kerjasama Valve yang terkenal sebagai pengeluar game terkemuka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 9:26 AM