MURID yang menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2, Muar. FOTO Syarafiq Abd Samad
MURID yang menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 2, Muar. FOTO Syarafiq Abd Samad
Oleh Fuad Hadinata Yaacob


Putrajaya: Dua guru lelaki berusia 48 dan 51 tahun direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Dahlia Azmi di sini, hari ini.

Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Dua guru berkenaan dari Bedong, Kedah ditahan pada jam 5 petang semalam.

Mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Sebelum itu, kedua-dua guru berkenaan yang diiringi polis tiba di mahkamah pada jam 9.50 pagi dengan berpakaian lokap polis.

Sehingga semalam, 12 guru ditahan berhubung siasatan kebocoran kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 September 2014 @ 4:34 PM