FADLAN makin berjaya membuang sifat malu.
FADLAN makin berjaya membuang sifat malu.
Oleh Georgie Joseph


Idea asal penulis untuk sesi fotografi bersama pelakon muda ini ialah mahu menampilkan dirinya sebagai lelaki berkumis, sekali gus mahu menonjolkan sisi maskulinnya.

Mengenali Fadlan Hazim Anuwar, 23, atau Fadlan, sejak dulu dia pemalu dan pendiam. Maka, dengan konsep berkumis atau berjambang sekurang-kurangnya dapat menonjolkannya sebagai lelaki matang.

Namun, apa yang berlaku Fadlan hadir ke sesi fotografi dengan wajah bersih tanpa sebarang kumis dan jambang.

Bagaimanapun, sama ada berjambang atau tidak, nampaknya sifat pemalu pelakon filem Sniper dan drama Delina di slot Lestary TV3 itu sudah terhakis. Cara dia berkomunikasi, keyakinan serta pembawaan dirinya makin mengagumkan.

Barangkali dia makin selesa dengan bidang diceburi serta penggiat seni yang lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 5:03 AM