Sungai Buloh: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta model Perodua Myvi di kilometer 453.6, Lebuhraya Plus berhampiran susur Hospital Sungai Buloh jam 6.20 pagi tadi.

Penunggang motosikal, V Perumal, 33, mati serta merta di lokasi kejadian manakala kereta Perodua Myvi terbabas kira-kira 100 meter ke arah tembok jejantas berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Februari 2015 @ 1:30 PM