FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

Bachok: Seorang pekerja kedai makan yang berusia 18 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Irama di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa, Muhammad Amirul Ashraff Suzaini bersama seorang rakannya mandi kira-kira 30 meter dari pesisir pantai.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superitendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, beberapa minit kemudian mangsa secara tiba-tiba meminta pertolongan.

"Rakannya pada awalnya tidak membantu, kerana menyangka mangsa bergurau namun selepas melihat rakannya seakan-akan lemas dia cuba membantu tetapi tidak berjaya.

"Rakan mangsa terus mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang bertindak menghubungi pihak keselamatan dan usaha mengesan mangsa sedang giat dijalankan," katanya dalam sidang media di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 8:14 PM