PEMAIN Kedah, Badrol Bakhtiar (kiri) lincah membawa bola sambil diasak pemain pertahanan Pahang, Mohd Shahrizan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman. FOTO Bernama
PEMAIN Kedah, Badrol Bakhtiar (kiri) lincah membawa bola sambil diasak pemain pertahanan Pahang, Mohd Shahrizan pada perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darulaman. FOTO Bernama
Oleh Bashah Zainol Abidin


Alor Setar: Kedah membawa bekalan selesa ke Stadium Darul Makmur, apabila menang 3-1, ke atas Pahang dalam saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darulaman, di sini, malam tadi

Kedah menjaringkan gol pertama menerusi Namkung Woong dari luar kotak penalti pada minit ke-9, sekali gus menewaskan penjaga gol Pahang Khairul Azhan.

Bagaimanapun, Pahang yang melakukan beberapa percubaan masih gagal memecah kekebalan benteng Kedah sebelum separuh masa pertama tamat dengan jaringan Kedah mendahului Pahang, 1-0.

Sebaik wisel separuh masa kedua bermula, Pahang melakukan serangan bertali arus tetapi gagal mendapatkan gol.

Ketika rentak Pahang mula kemas, pelawat tersentak dengan gol kedua Kedah menerusi sepakan kencang Farhan Roslan pada minit ke-49 hasil hantaran lintang Baddrol Bakhtiar.

Skuad Tok Gajah akhirnya menjaringkan gol sulung mereka menerusi sepakan percuma Matias Conti pada minit ke-90.

Bagaimanapun, Kedah menyahut gol lawan dengan menambah gol ketiga menerusi sentuhan pemain gantian, Kyril Muhymeen, hasil lorongan Syafiq Ahmad pada terakhir permainan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 11:29 PM