TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepada Chan. FOTO Bernama
TUANKU Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) kepada Chan. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Bintang antarabangsa dan pelakon Hong Kong, Chan Song Kang atau Jackie Chan kini bergelar Datuk selepas menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, pagi tadi.

Chan, 60, adalah antara 356 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah, hari ini.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dianugerahi Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, mendahului senarai penerima,tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan anugerah itu di Istana Negara di sini.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bermula sejak 2008 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 3:17 PM