NAZMIZAN Mohamad.
NAZMIZAN Mohamad.
Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN) yang diperkenalkan pada 1986 sudah tidak lagi releven dan ia wajar dikaji semula.

SHAKAM yang diwujudkan bagi memberi dorongan kepada atlet, jurulatih dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) untuk meningkatkan prestasi di peringkat antarabangsa, khususnya di temasya Sukan Olimpik, Komanwel, Asia mahupun Sukan SEA perlu diperhalusi semula bersesuaian dengan tujuan asal ia diwujudkan.

Bagi bekas atlet pecut negara, Nazmizan Mohamad berasakan bahawa sudah tiba masanya pemenang pingat perak dan gangsa di Sukan SEA layak menerima imbuhan di bawah skim SHAKAM.

Katanya, mengapa perlu dibezakan kepentingannya sedangkan atlet yang meraih pingat itu juga beraksi atas tiket mewakili Malaysia dan seandainya pungutan emas pingat dalam senarai kedudukan adalah sama, penentuan akan dilihat menerusi perak dan gangsa.

Jelasnya, SHAKAM adalah untuk menghargai pengorbanan atlet dan mempersoalkan sama ada mereka yang meraih perak dan gangsa di Sukan SEA bukan berkorban untuk negara.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Februari 2015 @ 5:03 AM