Pada yang tidak tahu, April adalah bulan kesedaran autisme. Cik Pang pasti ramai yang kurang faham dengan isu itu.

Andai tahu pun, mungkin daripada mereka yang sering berkongsi mengenai ahli keluarga yang menghidap autisme di media sosial masing-masing.

Kalangan selebriti yang diketahui mempunyai anak menghidap austisme ialah anak pelakon jelita, Zarina Zainuddin iaitu Azal dan Azil.

Selain itu, anak sulung pengarah dan pelakon popular, Ahmad Idham iaitu Firdaus juga menghidap autisme.

Cakap pasal bulan kesedaran autisme, Cik Pang ambil peluang ini mengajak pembaca untuk sama-sama memeriahkan Karnival Mini Kesedaran Autisme anjuran sekolah pendidikan khas milik Ahmad Idham.

Pelbagai program menarik disediakan untuk pengunjung acara itu. Antaranya ujian penapisan (screening) percuma, zoo bergerak, aktiviti berjalan 10,000 langkah, seni dan kraf dan banyak lagi.

Ahmad Idham melalui sekolahnya itu turut menyediakan khidmat nasihat percuma kepada ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak autisme.

Acara itu bermula jam 7 pagi sehingga 4 petang di Red Carpet Avenue, Pusat Beli-Belah Strand, Kota Damansara pada 29 April depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 3:36 AM