SITI Zalina
SITI Zalina
PANDELELA
PANDELELA
AZIZULHASNI
AZIZULHASNI
CHONG Wei
CHONG Wei
Azlan Muhammad Zain


Kuala Lumpur: Dua ikon sukan negara Datuk Lee Chong Wei dan Azizulhasni Awang menjadi calon hangat untuk merebut gelaran Anugerah Olahragawan Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2016, pertengahan minggu depan.

Jaguh badminton dan berbasikal trek yang masing-masing memenangi perak dan gangsa Olimpik Rio itu diputuskan antara calon akhir selain pesilat negara Al Jufferi Jamari dan atlet bowling Mohd Rafiq Ismail bagi merebut anugerah itu.

Manakala Pandelela Rinong (terjun), Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (bowling) dan Siti Rahmah Mohamed Nasir (silat) akan merebut Anugerah Olahragawati Kebangsaan susulan pencapaian hebat mereka tahun lalu.

Senarai itu diputuskan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2016 yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Lokman Hakim Ali, semalam.

“Urusetia menerima sebanyak 70 pencalonan daripada persatuan sukan kebangsaan, Majlis Sukan Negeri, Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia,” menurut kenyataan MSN semalam.

Calon bagi kategori Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan adalah kuartet 4x100 meter SUKMA Melaka di SUKMA Sarawak 2016, beregu badminton Tan Wee Kiong-Goh V Shem dan pasukan boling padang lelaki kebangsaan.

Pencalonan yang diterima Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan pula adalah kuartet 4x100 meter kebangsaan, pasukan boling padang wanita, pasukan skuasy wanita, pasukan bola jaring dan pasangan terjun Pandelela-Cheong Jun Hoong.

Bagi kategori Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan, tiga atlet yang meraih emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 iaitu Ziyad Zolkefli, Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly tersenarai manakala Siti Nor Radiah Ismail dan Siti Noor Iasah Mohd Ariffin dicalonkan bagi Olahragawati Paralimpik Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 April 2017 @ 8:46 AM