Ahmad Kamarulzaman (kiri) menyambut ketibaan Sunil. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Ahmad Kamarulzaman (kiri) menyambut ketibaan Sunil. FOTO Mohd Hasbi Sidek
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima kunjungan rasmi Panglima Tentera Laut India Admiral Sunil Lanba di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, pagi tadi.

Ketibaan Sunil ke Wisma Pertahanan jam 10.30 pagi dimulai dengan tabik hormat oleh Kawalan Kehormatan Utama dari Rejimen 1 Askar Melayu Diraja (1 RAMD) di Dataran Wisma Pertahanan sambil disambut Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Kunjungan berkenaan bertujuan mempertingkatkan hubungan dua hala dalam aspek keselamatan maritim.

Sunil bersama delegasi dalam rangka lawatan selama lima hari ke negara ini bermula 11 hingga 15 April.

Kunjungan rasmi ini adalah julung kali sejak Sunil memegang jawatan Panglima Tentera Laut India ke-23 pada 31 Mei tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 12:05 PM