Georgie Joseph


Annyeonghaseyo! Hyorin bukan saja terkenal sebagai penyanyi yang memiliki bentuk badan menggiurkan bahkan berani tampil seksi.

Bagaimanapun, anggota kumpulan SISTAR itu terlalu terbuka berkongsi gambar di Instagram dan tidak memikirkan kesannya.

Terbaru, netizen mengutuk tindakannya memuat naik gambar separuh bogel di atas katil.

Ramai mempersoalkan mengapa dia tergamak berkongsi gambar dengan hanya memakai pakaian dalam dan lebih panas lagi ada individu tidak dikenali berbaring di sebelahnya.

Meskipun Hyorin sudah memadam gambar itu, ramai masih berteka-teki siapakah gerangan individu di sebelahnya. Berdasarkan potongan rambut pendek, individu itu dipercayai lelaki.

Dalam pada itu, masih ada peminat yang bersikap positif dengan menasihatinya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Penyanyi itu kini sedang menjayakan siri jelajah bertemu peminat di Los Angeles dan New York.

Sehingga kini, Hyorin dan jurucakap agensinya belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kontroversi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 11:27 AM