Agensi

Sulawesi: Mayat seorang lelaki yang hilang sejak Ahad lalu, ditemui sehari kemudian, dalam perut seekor ular sawa sepanjang tujuh meter.

Akbar Salubiro, 25, hilang yang keluar ke kebun kelapa sawitnya di Kecamatan Korossa, Kabupaten Mamuju Tengah, Sulawesi Barat, tidak pulang sehingga malam menyebabkan keluarga dan penduduk kampung bimbangkan keselamatannya.

Menurut tribunnews.com, keesokannya, (Isnin lalu) Mereka kemudian mencarinya di kebun kelapa sawit lelaki itu dan pada sebelah petangnya, menemui seekor ular sawa terbaring kekenyangan di kebun berkenaan.

Penduduk mendapati buah kelapa sawit yang dikutip mangsa bertaburan dekat ular itu, dipercayai menyerang lelaki itu dari belakang sebelum menelan mangsa bermula dari kepalanya.

Mereka kemudian membelah perut ular itu dan menemui mayat Akbar dalam perutnya.

Isteri mangsa, Munu, tiada di kampung ketika kejadian dan hanya mengetahui nasib malang suaminya apabila gambar dan video disiarkan televisyen dan akhbar.

Ketua kampung itu, Salubiro Junaidi, berkata ada penduduk mendengar jeritan dari kebun sawit berkenaan pada malam sebelum Akbar ditemui dalam perut ular itu.

“Kami mengetahui ular itu menelan manusia, kemungkinan Akbar kerana bayangan but jelas terlihat pada perutnya.

“Selepas membelah perut ular itu, kami menemui Akbar yang sudah tidak bernyawa,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mac 2017 @ 4:49 PM
Keadaan mayat Akbar yang ditemui dalam perut ular sawa.
Keadaan mayat Akbar yang ditemui dalam perut ular sawa.