Surat didakwa daripada Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) kepada Menteri Perhubungan Indonesia. FOTO Tempo.co
Surat didakwa daripada Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) kepada Menteri Perhubungan Indonesia. FOTO Tempo.co
Laporan penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Juanda pada hari kejadian.FOTO Tempo.co
Laporan penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Juanda pada hari kejadian.FOTO Tempo.co

Jakarta: Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan berlepas tanpa membawa laporan keadaan cuaca.

Maklumat penting itu dikatakan diminta AirAsia Indonesia melalui pegawai Pegawai Operasi Penerbangan (FOO) hanya selepas 42 minit pesawat itu dilaporkan hilang.

Perkara itu didedahkan melalui surat yang didakwa daripada Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) republik itu kepada Menteri Perhubungan Indonesia bertarikh 31 Disember 2014.

Surat yang ditandatangani Ketua BMKG, Andi E. Sakya itu antara lain menyebut mengenai rekod di dalam buku log di Stesen BMKG Juanda Surabaya yang menunjukkan syarikat penerbangan itu hanya meminta maklumat cuaca pada jam 7 pagi, sedangkan pesawat berkenaan berlepas pada jam 5.35 pagi.

“Ketika itu, rakaman satelit di beberapa wilayah Indonesia memberikan paparan mengenai keadaan berawan termasuk pembentukan kumulonimbus.

“Untuk menyusun jadual penerbangan, semua pesawat perlu mengambil kira maklumat keadaan cuaca yang disediakan oleh lembaga rasmi dari negara tempat ia berlepas,“ katanya memetik laporan BMKG.

Menurut Andi, isu pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang terbang tanpa laporan penting itu juga menjadi buah mulut orang ramai termasuk mendapat maklum balas daripada Presiden republik itu Joko Widodo.

Dalam perbincangan itu juga, terdapat dua pesawat yang menuju ke Singapura dari Surabaya iaitu China Airlines 752 yang terbang pada jam 6.05 pagi dan Garuda Airlines pada jam 7.30 pagi.

Kedua-dua pesawat berkenaan dilaporkan mengambil laporan cuaca daripada BMKG. - Tempo.co

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 January 2015 @ 1:36 PM